Posts

Masalah Remaja dan Cara Mengatasinya

 Pada era globalisasi ini, masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan semua pihak.Masalah sosial seperti mengambil dadah, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya telah menyebabkan keruntuhan akhlak dalam diri remaja dan menjejaskan masa hadapan mereka. Masalah ini perlu diatasi dengan sebaik mungkin kerana remaja merupakan tiang negara seperti pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.   Terdapat pelbagai langkah yang menyebabkan remaja terjebak ke dalam kancah gejala sosial. Antaranya ialah alam rumah tangga yang tidak teratur. Ibu bapa yang sering bertengkar menyebabkan anak-anak memilih untuk melibatkan diri secara perlahan-lahan dengan gejala sosial untuk menghilangkan tekanan. Ajakan daripada rakan sebaya juga menyebabkan ramai remaja berasa seronok untuk melakukan masalah sosial kerana mereka mempunyai rakan yang sentiasa menemani mereka.   Selain itu, antara faktor yang menyebabkan remaja terlibat dalam masalah sosial ialah pengaruh medi...